Saturday 27 July 2013

Nasi Goreng Cina Resepi

 

NASI GORENG CINA RESEPI 


Pengenalan

Nasi Goreng Cina resepi sering menjadi pilihan utama dalam sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam untuk seisi keluaga. Ini adalah disebabkan Nasi Goreng Cina resepi bukan sahaja mudah disediakan, malah gizinya juga seimbang dengan pelbagai isi yang digoreng bersama dengannya. Nasi Goreng Cina resepi juga dapat meningkatkan selera dengan menikmati perasaan yang berbeza berasaskan masakan cina yang diubahsuai mengikut selera tempatan dan citarasa semua bangsa.

Tambahan pula, Nasi Goreng Cina resepi telah dipilih oleh ramai tukang masak sebagai menu pengenalan dalam kedai, restoran atau hotel kerana cara penyediaannya yang cukup istimewa dan berupaya membangkit selera makan sesiapa sahaja yang gemar kepada hidangan sedap. Nasi Goreng Cina resepi semakin terkenal dan telah menjadi makanan harian kebanyakan rakyat di Malaysia. Nasi Goreng Cina resepi juga adalah menu untuk semua kaum tanpa mengira pangkat dan usia selain rasanya yang enak sekali.

Selain itu, generasi sekarang gemar Nasi Goreng Cina yang ringkas dan mudah disediakan, tetapi mempunyai rasa yang cukup enak. Lauk-pauk lain tidak perlu dimasak lagi untuk menjimatkan masa kerana Nasi Goreng Cina akan disediakan dengan isi yang pelbagai berdasarkan kreativiti sendiri. Isi yang biasa ditambah dalam Nasi Goreng Cina adalah udang, ayam, bebola ikan, telur dan sebagainya. Nasi Goreng Cina juga boleh diselaraskan dengan permintaan masing-masing.

Pengaruh cina pada masakan tempatan dapat dilihat pada nasi goreng selain muncul besamaan dengan pengenalan teknik-teknik menggoreng atau memasak yang diperlukan ciri-ciri penggunaan cina. Orang Cina biasanya memilih makanan yang baru dimasak atau nasgor yang masih hangat, dan dalam budaya mereka itu dianggap tidak baik untuk membuang bahan makanan. Nasi goreng jika dilacak asal-usulnya dari Nasi Goreng Cina, namun tidak jelas sebab masyarakat mulai mengadopsi Nasi Goreng Cina dan membuat versi nasgor sendiri.


Nasi Goreng Cina Resepi

(Sesuai untuk 1-2 orang)

4 cawan nasi sejuk (diperoikan)

2 biji telur (dipukul sedikit)

1 cawan udang sederhana besar

Sedikit hirisan daging ayam

5 biji bebola ikan (dipotong kepada 2)

Segenggam sayur campur sejuk beku

1 urat kacang panjang (dihiris halus)

1/2 batang karot (dipotong halus)

2 batang cili hijau/merah

Sedikit daun sup/daun bawang (dihiris)

2 sudu besar sos tiram

Minyak untuk menumis

Garam dan gula secukup rasa

Serbuk perasa

Serbuk lada putih

Pewarna merah

Bawang goreng

Sedikit air rebusan ayam

Air secukupnya

Bahan-Bahan Tumis

2 ulas bawang putih

4 ulas bawang merah

1 sudu besar lada hitam

Sos yang boleh Makan dengan Nasi Goreng Cina Resepi

(Ikut kegemaran masing-masing)

Sos Tomato

Sos Cili

Sos Cili Pedas

Sos Cili Bawang Putih

Sos Cili Thai


Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan

1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Salad (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi atau digoreng bersama nasi) Minyak bijan (ditabur ke atas hirisan ayam yang telah dipotong)

Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Goreng Cina Resepi

1) Panaskan 5 sudu besar minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan tumis yang dikisar sehingga wangi atau naik bau.

2) Masukkan hirisan daging ayam dan masak sehingga daging ayam separuh masak.

3) Tambahkan sayur campur, sayur-sayuran (kacang panjang dan karot), udang dan bebola ikan. Tambah 1/4 cawan air dan biar mendidih sehingga sayur layu. Teruskan masak untuk seketika.

4) Masukkan telur dan biarkan sebentar. Apabila nampak telur separuh masak, kacau dengan cepat supaya hancur dan rata.

5) Masukkan hirisan cili hijau/ merah. Kacau dengan rata.

6) Masukkan sos tiram dan gaul rata lagi.

7) Masukan beras dan kacau rata supaya bersalut dengan telur tadi. Kemudian tuangkan air rebusan ayam dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.

8) Setelah rata, masukkan lagi sedikit serbuk perasa dan serbuk lada putih.

9) Goreng dengan api sederhana sambil dikacau sehingga nasi menyerap hampir semua air dan mula kering.

10) Masukkan potongan daun sup dan daun bawang. Gorengkan dan kacau sama sekali.

11) Apabila nasi telah masak, hidangkan bersama sajian sampingan yang lain.

Tips: Semasa Nasi Goreng Cina telah habis dimasak, boleh terus angkat adn hidangkan dengan hirisan timun, hirisan tomato dan jika suka boleh digorengkan nugget untuk menambahkan lagi selera. Salad juga boleh diletakkan di tepinya mengikut suka hati. Taburkan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng jika ada lagi akan lebih sedap.

Keistimewaan Nasi Goreng Cina adalah cara masakannya yang telah dipengaruhi oleh gaya masakan cina serta kelazatannya mampu menarik selera ramai orang untuk merasainya. Gaya masakan Cina dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya dalam Nasi Goreng Cina. Nasi Goreng Cina ini memang ringkas dan sangat cepat disediakan dengan bahan-bahan yang terhad.

Bagi kanak-kanak yang tidak suka makan sayur-sayuran, Nasi Goreng Cina dapat menarik perhatian mereka untuk menjamu selera hidangan ini. Sayur-sayuran dapat dicincang dengan halus dan ditambah dalam Nasi Goreng Cina untuk mengalihkan perhatian mereka supaya tidak terus pandang kepada sayur-sayuran yang tidak disukai. Ini juga dapat mengawal naluri dan imbangan badan kanak-kanak.

Setiap jenis nasgor dengan penambahan campuran dan bahan-bahan tertentu akan menjadi salah satu resepi Nasi Goreng Cina. Bahan dasar nasi goreng adalah nasi yang tersisa dari makanan kelmarin dan ditambahkan dengan bumbu (rempah-rempah) campuran bawang merah, bawang putih, garam, sos sambal dan sebagainya. Tekstur nasi sisa yang lebih keras dianggap lebih sesuai untuk dimasak bagi Nasi Goreng Cina resepi berbanding dengan nasi baru dimasak kerana terlalu lembap dan lembut.